Thursday

RED BEAN PASTE (INTI KACANG MERAH)

To those bakers yang suka buat pau/roti, Pandan ada menjual inti kacang merah yang ready made. Berstatus halal. Boleh terus diguna setelah bungkusan dibuka but jika ada balance, you are to ensure seal balik and keep refrigerated.
1kg
RM4.90

Jom ke resepi pau kacang merah. Here you go!!
Bahan-bahan ( 8 biji )
300g tepung gandum
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur  
Inti kacang merah

Cara-cara
Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata. (Bahan No.1)
Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.(Bahan No.2)
Masukkan Bahan no.2 ke dalam Bahan no.1. Uli sehingga hampir licin.
Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentuk bulat.
Untukk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. 
Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti kacang merah ditengahnya..
Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.
Taraaaa...dah siap
Jom ke Pandan!

1 comment:

  1. Pernah beli dan buat kuih bom guna Red bean filling ni memang sedap !

    ReplyDelete