Daun pandan ialah sejenis tanaman yang berdaun panjang dan berwarna hijau. Daun hijaunya mempunyai bau yang beraroma dan sangat manis. Daun ini sekiranya diproses dapat memberikan warna hijau yang origin dengan bau yang sangat unik untuk masakan/baking. Biasanya daun pandan digunakan secara ditumbuk, dikisar atau direbus bagi mengeluarkan ekstrak jus. Sangat adore daun pandan dan itu salah satu sebab tercetusnya nama Pandan Pusat Bekalan Bakeri.
Showing posts with label Glosari. Show all posts
Showing posts with label Glosari. Show all posts
Saturday
PEPPERMINT (DAUN PUDINA)
Nama Saintifik: Mentha spicata
Nama Inggeris: Mint leaves
Nama Inggeris: Mint leaves
From reliable sources
Herba yang berperisa segar dan dingin ini terdapat di dalam pelbagai bentuk. Ia digunakan untuk menambah rasa ke dalam pencuci mulut, teh, dan masakan daging terutamanya kambing. Peppermint dan Spearmint adalah dua jenis pudina yang biasa. Peppermint mempunyai rasa lebih tajam dan kuat yang sering digunakan dalam menambah rasa teh, gula-gula, gula getah, minyak dan lain-lain. Spearmint pula mempunyai rasa yang lebih dingin dan kurang menyerlah, menjadikannya sesuai untuk menambah rasa ke dalam jeli pudina dan sos pudina.
Pudina dengan nama buah-buahan seperti epal pudina, oren pudina dan nenas pudina mempunyai rasa buah-buahan dan lebih manis dengan oren dan nenas memberikan rasa ‘limau kemasaman’. Untuk masakan, tanaman peppermint pudina adalah terlalu kuat. Hanya tuaikan daun yang muda kerana daun yang tua memberi rasa yang agak pahit. Spearmint lebih sesuai digunakan dalam masakan kerana rasanya yang lebih lembut berbanding peppermint. Ia digunakan untuk menambah rasa ke dalam masakan daging, ikan dan juga sayuran.
Tuesday
BUAH KERAS
Nama Saintifik : Aleurites Moluccanus
English Name: Candlenut
Indonesia : Kemiri
Kerap didapati di Malaysia dan Indonesia. Buah keras berbentuk seperti sebutir peluru dan kulitnya sangat keras. Isinya berwarna krim and ianya digunakan sebagai agen pemekat semulajadi dan sesuai digunakan di dalam masakan kari dan bersos. Sebelum memasak, ianya perlu dihancurkan dengan menumbuknya dengan lesung batu. Tidak boleh dimakan mentah.
Di luar Asia Tenggara, kacang macadamia digunakan sebagai pengganti buah keras kerana ianya mengandungi kandungan minyak dan tekstur yang sama setelah ditumbuk. Rasanya berlainan sebab buah keras lebih pahit
Pokok buah keras
Wednesday
Ragi/Yis/Ibu Roti
Juga dikenali sebagai ibu roti atau yis
Cara menggunakannya:
Instant yis boleh dicampur terus ke dalam tepung. Yis kering jika disimpan lama akan ‘mati’ dan tidak dapat mengembang-kan doh. Jenis yis kering yg paling popular adalah ‘Mauripan’.
Yis basah perlu di’naikkan’ dulu dengan mencampur bersama air suam bergula. Gunakan compressed yeast (frozen) yg dibiar berbuih dalam campuran air hangat dan gula sebelum disatukan dengan bahan lain. Jika jenis ‘granules’ atau berbiji, pastikan ia baru dan aktif. Yis kering jika disimpan lama akan ‘mati’ dan tidak dapat mengembang-kan doh. Jenis yis kering yg paling popular adalah ‘Mauripan’.
Yis yg berlebihan akan membuat doh terlalu kembang kemudian kempis semula (bentuknya tidak dapat bertahan) kerana sukatan yis tidak setimpal/sepadan dengan gluten di dalam tepung. Pastikan anda tidak memasukkan yis dan garam bersama kerana yis akan “mati” disebabkan oleh garam tadi.
Ibu Roti ada dijual di Pandan jenis Mauri:
Check this product via:
Jom ke Pandan!
Subscribe to:
Posts (Atom)