Sunday

Oreo Crumb



Small crushed cookies pieces

Packaging : 454g
Total Fat : 6g  9%

Halal Status 

One of the resepi yang menggunakan Oreo Crumb dipetik from Dapur Azli

Kek Keju Oreo Lemon
Bahan-bahan A
lapisan bawah
1 packet oreo crumb
180gm mentega-dicairkan (sekira tak cukup tambah aja)

Bahan bahan B (kek)
375 gm krim keju ( jenama philadelphia)
65 gm mentega
110gm gula kaster
3biji kuning telur
3 biji telur putih
30gm susu cair
80gm krim putar
1/2 biji jus lemon
1 biji kulit kulit lemon-parut halus
1/2 sudu teh pes lemon ( pilihan jika suka)
2 sudu makan tepung jagung

Cara-cara penyediaan
Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius.
Campurkan semua bahan-bahan A dan gaul sehingga boleh dikepal. Padatkan atas acuan kek keju. Sejukkan.
Pukul mentega, keju, gula, sehingga kembang.
Kemudian masukkan telur kuning dan kacau sebati.
Masukkan tepung jagung dan kacau
Campurkan jus lemon, pes lemon dan kulit lemon dengan susu dan cream.
Kemudian masukkan dalam adunan kek. Kacau rata.
Pukul putih telur sehingga kembang dan gebu kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sehingga agak sebati.
Tuangkan adunan kek dalam acuan yang mengandungi lapisan biskut oreo tadi.
Balut bawah acuan kek dengan plastik wrape/ aluminium foil supaya air tidak masuk semasa membakar dan bakar atas dulang yang berisi air (cara pembakaran ini dinamakan steam bake~ perlu meletakkan sedikit air diatas dulang pembakar semasa proses membakar kek) selama 40 minit atau sehingga kekuningan. Sejukkan.
Kemudian, hiaskan dengan krim putar dan cebisan biskut oreo.

Selamat Mencuba

 Jom Ke Pandan.

                                For enquiry/order, please do email us at pandanpbb@yahoo.com

No comments:

Post a Comment