Nama Saintifik: Mentha spicata
Nama Inggeris: Mint leaves
Nama Inggeris: Mint leaves
From reliable sources
Herba yang berperisa segar dan dingin ini terdapat di dalam pelbagai bentuk. Ia digunakan untuk menambah rasa ke dalam pencuci mulut, teh, dan masakan daging terutamanya kambing. Peppermint dan Spearmint adalah dua jenis pudina yang biasa. Peppermint mempunyai rasa lebih tajam dan kuat yang sering digunakan dalam menambah rasa teh, gula-gula, gula getah, minyak dan lain-lain. Spearmint pula mempunyai rasa yang lebih dingin dan kurang menyerlah, menjadikannya sesuai untuk menambah rasa ke dalam jeli pudina dan sos pudina.
Pudina dengan nama buah-buahan seperti epal pudina, oren pudina dan nenas pudina mempunyai rasa buah-buahan dan lebih manis dengan oren dan nenas memberikan rasa ‘limau kemasaman’. Untuk masakan, tanaman peppermint pudina adalah terlalu kuat. Hanya tuaikan daun yang muda kerana daun yang tua memberi rasa yang agak pahit. Spearmint lebih sesuai digunakan dalam masakan kerana rasanya yang lebih lembut berbanding peppermint. Ia digunakan untuk menambah rasa ke dalam masakan daging, ikan dan juga sayuran.
No comments:
Post a Comment