Today, lets talk more about chocolate. The below information was taken from Chef Amer article about chocolate and I do find it very informative to all. Enjoy..
Jenis Coklat
1) Coklat Couverture
Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan bahan utama iaitu massa koko dan lemak koko. Ianya dikenali sebagai coklat yang bermutu tinggi. Pengendaliannya agak rumit.
2) Coklat Compound
Coklat yang lebih murah, bahan utama yang digunakan serbuk koko manakala lemak koko mengantikan lemak koko asli. Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan serbuk koko dan lemak kok gantian ini dikenali sebagai coklat compound.
3) Coklat Berperisa
Terdapat coklat berperisa dan berwarna. Ianya adalah coklat putih yang diperisakan dan diwarnakan seperti perisa strawberry, oren dan sebagainya.
4) Coklat tanpa gula
Untuk menghasilkan rangkaian coklat tanpa gula, bahan utama iaitu gula biasa digantikkan dengan gula tiruan seperti maltitol dan isomalt.
Khasiat coklat
Makanan lengkap dan seimbang
Bertindak sebagai anti kerosakan gigi
Bukan penyebab kegemukan
Baik untuk jantung
Mengawal tekanan darah
Mengawal kencing manis
Menghalang jerawat dan parut
Mengawal kerosakan sel dan tisu badan
So, whats next? Eat more chocolates!
Jom ke Pandan!
No comments:
Post a Comment